Showing posts with label Food/Health. Show all posts
Showing posts with label Food/Health. Show all posts

Saturday 2 January 2021

Za’atar atau Thyme herbs

Baru baru ini saya ada membaca satu posting daripada seorang influencer iaitu Dr Rizal Abu Bakar di FB berkenaan za’atar. Menurutnya semasa beliau mengerjakan umrah beliau suka makan roti di sana yang ditabur dengan za’atar. 

Za’atar ini sebenarnya merupakan gabungan beberapa jenis herba seperti oregano, sumac, thyme dan sesame seeds dan biasanya sudah dicampur minyak zaitun. Ia sangat popular dalam masakan di sebelah Asia Tengah seperti Turkey, Lubnan, Syria dan sebagainya. Za’atar ini juga dipanggil thyme herbs sebab kandungan dia yang banyak dalam Za’atar berbanding herba lain.


Antara kebaikan yang disebut dalam kajian ialah:

1.       Tingkatkan imun system (Mutation Research, 2009)

2.       Baiki kesihatan kulit (Fitoterapia, 2004)

3.       Kuatkan tulang (Journal of Saudi Chemical Society, 2011)

4.       Lancarkan pengaliran darah (Food Additives & Contaminants, 2007)

5.       Bersihkan saluran respiratori (Journal of the Science of Food and griculture, 2004)

6.       Redakan inflammasi (Food Chemistry, 2009)

7.       Gandakan energi (Natural Product Research, 2008)

8.       Baiki mood (Antioxidant Properties of Spices, Herbs and Other Sources, 2012)

9.       Powerkan memori (Journal of Ethnopharmacology, 2003)

10    Rawat penyakit kronik (Biological and Pharmaceutical Bulletion, 2003)

Kebetulan saya ingin buat salad ayam dan bila saya ada tengok resipi yang di kongsi mereka menggunakan pelbagai campuran herba yang mana kalau dibeli satu persatu memang mahal. Bila terjumpa pasal Za’atar, saya fikir baik guna gabungan herba ini sahaja memandangkan ia juga dah menggabungkan pelbagai jenis herbs dan mempunyai banyak khasiat. 

Terus saya beli di shopee dengan harga RM 17 untuk 250 gram. Saya dah gunakan untuk buat salad ayam. Saya suka sangat aroma, bau dan rasanya. Za'atar juga boleh ditabur atas roti/pizza, perap bersama ayam atau daging bakar untuk menambahkan rasa atau campur dalam sup. Selamat mencuba!


Za'atar yang saya beli di shopee
 

Gaul Za'atar dalam salad ayam

Terima kasih sudi membaca. Sekiranya anda belajar sesuatu, sila kongsikan di ruang komen. Jangan lupa follow dan share. 

 Assalamualaikum semua. I'm back. Haha. Perasan. Padahal tak ada orang baca pun blog ni.  Hampir dua tahun setelah posting yang terakhir...