Saya menaiki flight Air Asia pada jam 5.50 pm 12 October 2019. Tiket penerbangan berharga RM 692 pergi balik tanpa luggage dibeli lebih kurang 2 bulan sebelum. Penerbangan dan pelepasan immigresen di lapangan terbang antarabangsa Kansai berjalan dengan lancar. Saya tiba kira kira jam 1.30 pagi waktu tempatan.
Untuk menjimatkan kos saya cuma lepak di lapangan terbang Kansai sementara menunggu waktu subuh dan terus memulakan perjalanan yang dirancang. Saya solat di surau yang terdapat di lapangan terbang ini. Surau ini terletak di aras 3 Terminal 1.
Musim pada masa itu adalah permulaan musim luruh, jadi cuaca tidak terlalu sejuk atau panas. Cukup sekadar pakai jaket nipis. Dan pohon pohon pun masih lagi kehijauan dan sedikit saja yang sudah bertukar kekuningan. Belum ada rezeki untuk saya menyaksikan musim luruh yang sebenar.
Saya cuma menggunakan Kansai Thru Pass (KTP) sepanjang saya berada disana. Saya beli di Matta Fair PWTC 3 minggu sebelum itu dekat booth HIS Travel. Saya beli 2 unit 3 day Kansai Thru Pass dengan harga RM 440 untuk kegunaan selama 6 hari. Terdapat puluhan pas yang boleh dibeli sesuai dengan perjalanan pelancong.
Saya sangat kagum dengan pengangkutan keretapi Jepun yang mencangkau hampir ke setiap pelosok destinasi pelancongan. Saya boleh sampai ke kawasan pedalaman seperti Minoo park, Gunung Hiei dan Koyasan dengan menaiki keretapi sahaja. Setiap hari saya akan lihat jadual menggunakan Google Map. Sangat membantu perjalanan saya. Cuma kelemahannya adalah kemungkinan besar anda akan sesat apabila berada di stesen besar seperti Namba atau Osaka sebab terlalu banyak pintu masuk keluar di dalam stesen. It happens to me many times!
Hari pertama selepas subuh saya terus menaiki kereta api dari KIX ke stesen Namba. Di sini saya tinggalkan backpack di coin locker dengan harga 600 yen. Lepas itu saya terus ke Nara, tempat yang popular dengan
rusa. Bagi saya tiada apa yang istimewa pun kalau setakat nak tengok dan bagi
rusa makan.
Target utama saya sebenarnya untuk naik ke Wakakusa Hill yang
terletak berhampiran Nara Deer Park. Sayangnya masa saya sampai tempat itu
tutup sebab masa itu kan baru lepas tempias Taufan Hagibis, jadi angin masih
agak kuat dan sesekali hujan. Jadi kami tidak dibenarkan naik. Agak kecewa di
situ. Saya teruskan perjalanan ke sepanjang Nara street untuk misi mencari
mochi yang terkenal di sini. Saya cuba sebiji 130 yen. Memang sedap dan lembut sangat.
 |
Rusa di Nara |
 |
Mochi yang lembut |
 |
Sempat beli persimmon di market di Nara |
Selepas itu, saya kembali ke Namba stesen untuk solat Zuhur dan sambung berjalan jalan
di sekitar Kuromon Ichiba Market dan Dotonbori street yang popular dengan sign
Glico man.
Saya juga sempat makan tengahari di Ramen Naritaya. Ini pertama kali
saya merasai ramen Jepun. Semangkuk harga 1400 yen, lebih kurang RM 40. Nah ambik kau!
Inilah antara perkara yang kita kena bersedia datang sini, pertukaran duit yang
tinggi.
 |
Ramen Naritaya |
Pada waktu petang pula saya berjalan jalan sekitar Osaka Castle, saya
tidak masuk ke dalam. Saya lebih suka berjalan sekitar taman di luar istana dan
duduk di bangku merehatkan diri sambil menghirup udara segar. Lepas itu baru saya kembali ke Namba stesen untuk ambil backpack dan terus ke rumah host couchsurfer saya yang pertama untuk bermalam. Host saya merupakan seorang wanita bujang berasal dari Indonesia. Saya bersyukur sangat beliau sudi menerima permintaan saya untuk tinggal 2 malam di situ. Sebab bukan senang untuk cari host wanita dekat Jepun.
Pengalaman hari pertama di Jepun saya agak stress sebenarnya sebab saya tercari- cari arah keluar masuk dari stesen itu. Saya fikir stesen keretapi disana sama macam di KL. Tapi tidak. Terdapat berbelas exit dan bersambung dengan shopping mall membuatkan saya keliru mencari arah. Untuk solat juga kita perlu ke kaunter pertanyaan minta izin untuk solat. Pegawai di kaunter akan bagi kita borang untuk isi dan baru diberi kunci surau. Lepas dah solat, kena kembali ke kaunter untuk pulangkan kunci.
Hari kedua saya bergerak ke Himeji castle yang mengambil masa
hampir 2 jam dari kota Osaka. Di Himeji Castle, saya telah tempah tour guide
Himeji siap siap semasa di Malaysia lagi. Percuma. Boleh tengok di laman web, kebanyakan tempat pelancongan di Jepun memang ada yang menawarkan servis
khidmat pemandu pelancong secara percuma. Disebabkan saya sendirian, jadi saya
fikir ada baiknya jika ada teman yang boleh bercerita dan berborak sambil saya
melawat Himeji castle yang besar itu. Saya berada setengah hari di situ. Tiket
masuk berharga 1040 yen termasuk ke Kokuen Garden yang terletak bersebelahan Himeji Castle. Tour guide saya banyak bercerita tentang sejarah dan seni
bina istana tersebut.
 |
Himeji Castle dari luar
|
Selepas itu saya meneruskan perjalanan ke Kobe. Saya sempat
singgah di Akashi Kaikyo bridge yang terletak antara Himeji dan Kobe. Ia merupakan jambatan gantung terpanjang di dunia. Di
kawasan berhampiran jambatan ini juga terdapat tempat seperti taman yang kita boleh lepak. Again, I love to chill out at the park.
 |
Akashi Kaikyo bridge |
 |
Taman berhampiran Akashi Kaikyo bridge |
Semasa saya sampai di Kobe hari dah agak gelap sebenarnya, saya cuma sempat solat jamak Zuhur dan asar dan tak sempat untuk pusing sekeling Kobe. Saya perlu balik ke Osaka yang perjalanan lebih kurang sejam. Prinsip saya semasa melancong solo di luar negara ialah cuba elakkan balik lambat sebelum 8 pm. Kembali ke Osaka saya makan malam dulu di Matsuri yang terletak tak jauh dengan rumah host dan mencuba makanan popular Osaka iaitu Takoyaki. Sedap!
 |
Masjid Kobe |
 |
Takoyaki di Matsuri restoren |
Hari ketiga, saya check out dari rumah host dan bergerak
menuju Kyoto yang terletak lebih kurang sejam setengah dari Osaka. Saya check
in di Khaosan Kyoto Guest House. Sebab saya sampai sebelum pukul 8.00, saya tak boleh check in lagi. Tapi saya tumpang letak backpack dan guna pantry untuk sarapan pagi dengan nasi segara yang di beli di family mart sebekas 100 yen dan sambal bilis dari KL. Selepas itu saya terus ke Uji.
 |
Pekan Uji |
Uji
sebenarnya suatu kawasan yang terletak di tepi sungai. Saya banyak menghabiskan
masa berjalan di sepanjang sungai dan melihat alam sekitar. Saya memang gemar
akan tempat begini berbanding bandar yang sesak dengan ramai orang dan bangunan
tinggi yang berdekatan serta bising. Seperti biasa di mana mana tempat
pelancongan akan ada peniaga di sepanjang jalan dan saya tak cuba melepaskan
peluang mencuba ais krim matcha yang berharga 350 yen. Setakat ini tak jumpa lagi la makanan yang tak
sedap. Rasa dia memang sedap berbanding dengan yang kita beli di Family Mart.
 |
Matcha Ice Cream |
Selepas itu, saya ke Fushimi Inari yang popular dengan
laluan oren merah yang selalu orang bergambar itu. Like people said, the place
is very crowded.
 |
Puas cari port yang tak ada orang, susah nak jumpa. |
Jadi saya tak lama di sini, terus bergerak ke Arasyiama,
antara tempat tercantik yang saya kunjungi
di Jepun. Saya dah rancang dari awal untuk solat di Yoshiya Restaurant. Bila sampai baru saya tahu untuk tumpang solat, kita kena beli dan makan di situ. Sebab masih kenyang dengan nasi tadi, saya cuma order ais lemon tea harga 500 yen. Sejuk sangat masa ambil wuduk sebab air itu mengalir terus dari buluh yang bersambung dengan sungai berhampiran.
Selepas itu, saya turut naik Sagano Romantic Train. Tiket harga 630 yen sehala. Tren ini mengambil masa kira-kira setengah jam melalui jalan sepanjang sungai Hozagawa.
Tempat paling popular di sini ialah hutan buluh. Pelancong memang ramai dan sesak. For me, i dont care about taking pictures. In fact sepanjang semingu dekat sini, berapa keping saja gambar yang ada muka saya.
 |
Gambar pinjam Google |
Waktu itu dah petang jadi saya menghabiskan masa duduk di bangku di tepi sungai
sambil merasai kesejukan petang itu. Masya Allah, I just love the scenery, the
weather and the peacefulness at that time.
 |
Lepak di tepi sungai di Arasyiama |
Lepas kembali dari Arasyiama, saya solat di shopping mall Kyoto Marui di aras 5. Di Khaosan Kyoto Guest House, saya tidur di female dorm dengan harga 4000 yen untuk 2 malam. Saya sangat puas hati duduk di sini. Dorm besar, tandas bersih dan memang tidak bercampur dengan lelaki. Pantri yang besar dan selesa. Saya juga sempat laudry di sini dengan harga 300 yen cucian kering. Lokasi juga strategik dekat dengan street market dan Kamo River.
Ini adalah hari keempat dan tema
hari ini ialah Kyoto On foot. Bermaksud saya tidak menggunakan apa apa pas dan
pengangkutan untuk bergerak sebab KTP 3 days sebelum ini sudah tamat. Saya akan melawat tempat menarik di Kyoto dengan
berjalan kaki sahaja. Lokasinya tidak jauh pun dari tempat penginapan saya. Destinasi
pertama saya adalah Kiyomizudera temple. Sepanjang perjalanan saya sempat
singgah di beberapa tempat seperti Yasaka shrine dan Maruyama Park. Sebelum gerak saya sempat bersarapan dengan sambal ikan bilis yang dibawa dari Malaysia dan nasi segera yang dibeli di family mart.
 |
Sarapan pagi |
 |
Gion di waktu pagi
|
Masa ini
juga saya melalui kawasan Gion yang suatu masa dulu popular dengan Geisha. Pada
saya masa inilah kita boleh berjalan dan merasai serta melihat sendiri jalan
jalan serta bangunan lama yang masih mengekalkan tradisi Jepun itu. Kita boleh
nampak wanita atau lelaki yang berpakaian kimono. Ninnenzaka dan Sannenzaka
street antara jalan popular yang kaya dengan suasana yang sangat klasik. Melalui
jalan jalan ini menuju ke Kiyomizudera membuatkan saya rasa seolah kembali ke
zaman Jepun dahulu kala.
 |
Gadis berkimono |
 |
Ninenzaka street |
 |
Pemandangan dari atas Kiyomizudera Temple, masuk 400 yen. |
Di sini juga terdapat restoren iaitu Curry Ruu yang
dicadangkan ramai untuk merasai kari ayam Jepun. Saya masih teringat kerangupan
ayam dan kesedapan kari bersama nasi putihnya yang itu.
 |
Chicken curry 980 yen...so yummy. |
 |
rice dumpling + green tea = 600 yen |
Selepas puas berjalan dalam
Kiyomizudera temple, saya patah balik ke tempat penginapan dan lokasi
seterusnya adalah Teramachi street dan Shinkyogoku street. Ini
kawasan beli belah seolah olah seperti Petaling Street atau Jalan Tar.
 |
Kyoto Guest House yang saya duduk cuma di seberang jalan ini sahaja. |
 |
Nishiki market |
Saya juga singgah di Nishiki
market yang terletak di kawasan sama dekat shopping street tadi. Ia adalah pasar tradisional Jepun yang menjual pelbagai makanan tradisi
Jepun dan barang basah. Memang lokasi
terbaik untuk merasai pelbagai jenis kulineri Jepun. Tapi disebabkan ragu ragu
dengan status halal dan juga harga yang tidak berapa murah, saya cuma merasai
donut tofu yang harga 300 yen untuk 10 biji. Untuk makan malam saya singgah di Ayam Ya Karasuma untuk merasai ramen Jepun juga.
 |
Ramen Ayam Ya 890 yen semangkuk |
Waktu petang saya dihabiskan
dengan lepak di tepi Kamo River. Memang ramai yang lepak dan juga berbasikal di
sepanjang sungai ini. Tenang sangat suasananya. 3 hari 2 malam di Kyoto, saya
benar benar jatuh cinta dengan bandar ini. Andai suatu hari nanti saya saya
berpeluang ke Jepun lagi, tempat ini saya ingin datang lagi.
 |
Tepi sungai Kamo River |
Terima kasih sudi membaca. Saya akan sambung selanjutnya dalam entri berikutnya. Sekiranya anda belajar sesuatu, sila kongsikan di ruang komen. Jangan lupa follow dan share.