Seperti yang dijanjikan sebelum ini, dalam entri kali ini
saya akan ceritakan pengalaman tinggal di Kampung Taman Sedia, CH. Kampung ini
terletak di Tanah Rata dan terdapat pelbagai jenis penginapan dan tempat
makan yang menjadi tarikan utama pengunjung ke sini.
Secara tak sengaja saya terjumpa FB The Backyard Glamping. Ia
baru sangat didirikan di dalam Kampung Taman Sedia. Saya tak nak melepaskan
peluang untuk merasai glamping walaupun datang seorang.
 |
Naik tangga ke lokasi glamping |
Kawasannya tidak besar sangat sebab ia didirikan di belakang
kawasan rumah orang persendirian. Kena naik bukit sikit untuk sampai ke sini. Terdapat
2 khemah besar untuk keluarga 4-5 orang. Dan 1 khemah kecil untuk 2 orang. Saya
tempah yang kecil dengan harga Rm 80 semalam. Glamping ini lengkap dengan
tandas di luar, bilik pantri untuk buat air atau masak.
 |
Suasana dalam khemah waktu malam |
Rasa tenang sekali berada di kawasan rumah ini. Penuh dengan
tanaman seperti buahan dan bungaan serta ada kolam ikan. Sayang
sekali masa saya pergi memang musim hujan, jadi waktu malam cuma duduk dalam
khemah. Tak ada pengalaman BBQ atau stargazing.
 |
Halaman rumah yang penuh dengan bungaan. |
 |
Mulberry |
 |
Jambu strawberry |
 |
Markisa |
Salah satu misi saya
datang menginap di sini adalah sebab nak merasai pelbagai makanan yang terdapat
di Kampung Taman Sedia. Taman Sedia memang menjadi tumpuan ramai untuk datang
makan. Ini antara tempat makan yang saya kunjungi.
 |
Waffle special Aidil Badri |
 |
Mi kari YZ Strawberry Farm & Cafe |
 |
Ais krim strawberry |
 |
Pizza Tiny Boutique Cafe |
 |
Pisang kaki Cameron highland |
Terima kasih sudi membaca. Sekiranya anda belajar sesuatu, sila kongsikan di ruang komen. Jangan lupa follow dan share.
No comments:
Post a Comment