Saturday 2 January 2021

Volunteer: Pantai Morib Beach Clean Up

Ini merupakan aktiviti sukarelawan saya yang pertama setelah sekian lama dan juga pertama kali menyertai aktiviti permbersihan pantai. Acara ini dianjurkan oleh kumpulan VOLUNTEER MALAYSIA (boleh rujuk FB). Secara asas mereka bukanlah satu organisasi tapi sekadar sekumpulan kenalan yang mempunyai minat sama. Setakat ini aktiviti utama kumpulan ini memang aktiviti pembersihan pantai.

Pada 25 July 2020 yang lalu, VM membuat program beach clean up untuk pertama kali setelah PKP. Kami mula berkumpul pada jam 9.00 pagi untuk sedikit taklimat dan sesi suai kenal dan mula aktiviti pada jam 9.30 am. Kebanyakan kami memang tidak mengenali satu sama lain dan ramai yang baru pertama kali menyertai aktiviti seperti ini. 

Antara persiapan sebelum mulakan aktiviti pastikan kenakan pakaian yang sesuai macam tshirt dan track shoe. Kasut kalau boleh yang bertutup. Bawa plastik sampah hitam yang tebal dan pakai sarung tangan. Saya turut membawa penyepit sampah yang di beli di DIY beberapa hari sebelum itu.

Pengutip sampah..tak sampai RM 10 beli di DIY atau shopee


Sesi penerangan

Pengalaman peribadi saya sendiri, ini pertama kali saya sampai di Pantai Morib yang agak terkenal ini. Rasanya memang tidak boleh dielakkan kebanyakan pantai di Malaysia ini memang tercemar dengan masalah pembuangan sampah sarap terutama plastik. Banyak sangat botol air plastik, bungkusan makanan, polisterine yang dijumpai di sepanjang pesisir pantai. Tidak kurang ada juga kain seperti baju dan seluar.

Kami bergerak dalam kumpulan kecil untuk mengutip sampah sepanjang pantai.

Memang agak menyedihkan melihat keadaan seperti itu. Bagi saya setiap individu berperanan untuk menjaga alam sekitar. Bukannya melepaskan diri dan mengharapkan ada orang yang akan kutip sampah kita. Bukan saja di pantai, banyak lagi di kawasan lain yang saya nampak individu membuang sampah sesuka hati walaupun ada disediakan tong sampah di berhampiran kawasan. Andai kata tiada tong sampah berhampiran, tidak salah rasanya kalau kita simpan dulu sampah tersebut dalam poket atau letak dalam beg sendiri sampai jumpa tong sampah.

Berbalik kepada aktiviti tadi, kami membersihkan pantai lebih kurang sejam setengah sampai pukul 11 pagi. Dengan gabungan lebih kurang 30 orang sukarelawan, kami berjaya mengumpulkan sampah sebanyak 413 kg. Semua sampah tersebut dikumpulkan dan diletakkan berhampiran dengan tong sampah majlis perbandaran untuk mereka ambil alih.

Semua sampah dikumpulkan di satu tempat untuk dikutip oleh pihak perbandaran.

Walaupun agak penat dan panas, saya rasa puas dan seronok dengan aktiviti beach clean up ini. Insya allah saya akan sertai lagi program ini.

Hasil kutipan sampah dan semua volunteer yang terlibat.

I cannot do all the good that the world needs. But the world needs all the good that I can do. – Jana Stanfield

Terima kasih sudi membaca. Sekiranya anda belajar sesuatu, sila kongsikan di ruang komen. Jangan lupa follow dan share. 

No comments:

Post a Comment

 Assalamualaikum semua. I'm back. Haha. Perasan. Padahal tak ada orang baca pun blog ni.  Hampir dua tahun setelah posting yang terakhir...